(603) 7967 5821 / 5800 pasum@um.edu.my

Pengenalan

Home / Unit Alumni / Pengenalan

Assalamualaikum & Selamat sejahtera,

Selamat datang ke UNIT ALUMNI PASUM.

Pihak Pengurusan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) telah mengambil inisiatif untuk membentuk Unit Alumni PASUM pada Febuari 2021. Unit ini berfungsi di bawah Timbalan Pengarah (Akademik & Hal Ehwal Pelajar) PASUM. Objektif penubuhan Unit Alumni ini adalah:

  • menjejak kembali para pelajar lepasan PASUM (Alumni PASUM)
  • membina pangkalan data Alumni PASUM
  • menganjurkan program-program yang melibatkan Alumni PASUM & PLAS (Persatuan Pelajar Lepasan Asasi Sains)
  • membina hubungan baik antara Alumni PASUM & PLAS dengan pihak PASUM.

Justeru, kepada semua pelajar lepasan PASUM, anda dijemput untuk membuat pendaftaran Alumni PASUM di pautan berikut:

ATAU boleh terus ke bahagian Pendaftaran Alumni.

Unit Alumni ini dianggotai oleh tujuh kakitangan akademik PASUM, iaitu:

  • Dr Norsiah Hashim
  • Dr Nor Azlina Abd Aziz
  • Datin Dr Norazlin Zainal
  • Dr Aisyah Hartini Jahidin
  • Dr Fauzani Md Salleh
  • En Fakhrulrozi Hussain
  • Pn Maisarah Kamal

Diharap dengan penubuhan Unit Alumni PASUM ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar PASUM, Alumni dan juga seluruh warga PASUM. Semoga perhubungan yang dibina dapat menyumbang kepada kemajuan PASUM pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

UNIT ALUMNI PASUM

#AlumniPASUM #StayConnected

Last Updated: 14/09/2021