(603) 7967 5821 / 5800 pasum@um.edu.my

Matematik Prospek

Home / Bahagian / Matematik / Prospek Subjek

BAHAGIAN MATEMATIK

Bahagian Matematik, Pusat Asasi Sains Universiti Malaya, dianggotai oleh seorang Pengerusi Bahagian, sembilan orang Pensyarah Kanan, dan tujuh orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.

Bahagian Matematik menawarkan lapan kursus kepada pelajar-pelajar Aliran Hayat, Aliran Fizikal, Asasi Pengajian Islam dan Sains (APIdS) dan Rancangan Persediaan Khas ke Jepun (RPKJ). Bahasa pengantar bagi kesemua kursus adalah Bahasa Inggeris.

Berikut adalah kursus-kursus yang ditawarkan:

  1. FAC1001 ADVANCED MATHEMATICS I (Pelajar Aliran Fizikal dan APIdS Fizikal)

  2. FAC1002 PROGRAMMING I (Pelajar Aliran Fizikal)

  3. FAC1003 PROGRAMMING II (Pelajar Aliran  Fizikal dan APIdS Fizikal)        

  4. FAC1004 ADVANCED MATHEMATICS II (Pelajar Aliran Fizikal)

  5. FAD1013 MATHEMATICS I (Pelajar Aliran Fizikal, Hayat dan APIdS)

  6. FAD1014 MATHEMATICS II (Pelajar Aliran Fizikal, Hayat dan APIdS Fizikal)

  7. FAD1015 MATHEMATICS III (Pelajar Aliran Fizikal, Hayat dan APIdS)

  8. FAE1003 MATHEMATICS I (Pelajar RPKJ)

Subjek Matematik adalah subjek wajib dalam pengiraan tiga subjek terbaik bagi permohonan UPU. Ini bermakna, untuk mendapatkan purata mata gred 4.00, seorang pelajar Aliran Hayat mestilah mendapat A dalam Matematik dan dua lagi A daripada FIZIK, KIMIA ataupun BIOLOGI. Pelajar Aliran Fizikal mestilah mendapat A dalam Matematik dan dua lagi A daripada FIZIK, KIMIA ataupun PENGATURCARAAN/MATEMATIK LANJUTAN.

Sekiranya pelajar berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Matematik, Institut Sains Matematik, UM, menawarkan program-program berikut:

  1. Sarjana Muda Sains dalam Matematik

  2. Sarjana Muda Sains dalam Matematik Gunaan

  3. Sarjana Muda Sains dalam Statistik

  4. Sarjana Muda Sains Aktuari

Pelajar bolehlah melayari laman sesawang berikut untuk mengetahui kerjaya yang boleh diceburi dengan ijazah dalam Matematik.

Qr code

Description automatically generated

Last Updated: 19/07/2021